• kilang1.jpg
  • kilang2.jpg

Vitacat ditubuhkan pada tahun 2008 apabila pengasas syarikat telah membuat lawatan ke sebuah kilang mega makanan kucing di Thailand dan mendapati bahawa bahan yang digunakan untuk pembuatan makanan kucing tersebut mengandungi daging sampingan serta organ dari babi, ayam serta lain-lain. Syarikat mega tersebut merupakan OEM kepada pelbagai jenama makanan kucing yang telah diimport ke Malaysia.

 

Sebagai seorang muslim, menegakkan fardhu kifayah adalah harus. Oleh itu, mewujudkan alternatif bagi pengguna muslim merupakan salah satu usaha kami. Selain daripada itu, kami juga ingin menyebarkan kesedaran terhadap para pengguna tentang pilihan mereka. Untuk memperolehi teknologi pembuatan makanan kucing ini pada mulanya agak sukar , tetapi alhamdulilah dengan takdir Illahi pengasas syarikat ini telah menemui seorang pembiak kucing di Dubai yang telah menjalankan pembuatan makanan kucing untuk 120 kucingnya.

 

Dengan ramuan formula yang sama disertakan bersama usaha daripada penyelidik-penyelidik dari veterina serta MARDI, kami telah menghasilkan teknik adunan ramuan yang dapat memastikan keseimbangan optimum protin, lemak, fiber serta kelembapan di dalam makanan kucing ini.

 

Penggunaan pati ikan tuna yang diperkaya dengan Omega 3 & 6 merupakan penemuan kami yang paling berharga. Dengan penemuan ini, penggunaan daging sampingan serta organ-organ dapat dielakkan sekaligus mengurangkan bahan awet yang dapat menjejaskan kesihatan kucing anda.

 

Vitacat telah berkembang ke industri berskala sederhana serta berorientasikan pengeksportan. Daripada kedai hypermarket tempatan seperti Giant , Tesco , Carrefour , Mydin , Jusco serta UO, jenama Vitacat juga telah berkembang ke luar negara seperti Brunei, Iran dan Cape Town. Insyallah produk Vitacat akan didapati di hypermarket Panda di Jeddah dan merupakan langkah pertama Vitacat memasuki pasaran ke Timur Tengah.

Get Our Product Here